Magnavox Odyssey
Magnavox Odyssey

Magnavox Odyssey

Magnavox Odyssey merupakan konsol permainan video komersial yang pertama di dunia. Konsol ini pertama kali ditayangkan kepada umum pada bulan April 1972[1] dan dikeluarkan pada bulan Ogos tahun yang sama. Ianya merupakan konsol permainan video digital, walaupun sering kali disalah anggap sebagai konsol permainan video analog kerana salah faham pada reka bentuk konsol ini.Konsol Odyssey ini telah direka oleh Ralph Baer yang bermula sekitar tahun 1966 dan prototaip mengenai konsol ini siap pada tahun 1968[2] yang dikenali sebagai Brown Box. Prototaip ini masih kekal disimpan di Institusi Smithsonian bertempat di Muzium Sejarah Nasional Amerika di Washington D.C[2].